Friday, 30 March 2012

SITUASI 20: BAHASA SINDIRAN


Bahasa sindiran adalah bahasa yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Bahasa sindiran hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan dengan perkara lain kerana ia tidak dinyatakan atau disebut secara terus-terang serta ditujukan tepat terhadap seseorang. Oleh itu, bahasa sindiran sesuai dengan tujuannya untuk menyindir seseorang dengan tidak menyebut secara tepat kerana penggunaanya hanya dikiaskan kepada perkara lain. Percakapan yang bernada menyindir adalah percakapan yang mengacu pada maksud percakapan untuk mencela atau mengejek pihak lain secara tidak lansung atau tidak terus terang.

Contoh bahasa sindiran:

(a) Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!(ditujukan    kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja).

(b)   Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah (ditujukan kepada orang ditimpa malang sebab masalah yang dia sendiri lakukan).

(c)  Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, ditengah sawah. (perkataan ‘drama’ mempunyai maksud menyindir).


Oleh itu, jelaslah penggunaan  bahasa sindiran adalah bertujuan untuk menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang- terangan sebaliknya diujarkan dengan mengarahkan kepada sesuatu yang lain.

1 comment:

  1. Minta keizinan untuk mengambil secebis ilham dari petikan ini.

    ReplyDelete