Monday, 5 March 2012

SITUASI 1 : TERIMA KASIH


Kehidupanku sebagai pelajar universiti sangat menarik dengan pelbagai kerenah yang dapat dilihat setiap hari terutama semasa hendak ke kuliah dengan menaiki bas. Pada waktu pagi atau tengahari kami semua akan menghadapi situasi yang sama iaitu menunggu bas untuk ke kuliah dengan barisan yang sangat panjang dan kadang-kadang terpaksa berebut untuk mendapatkan tempat duduk yang selasa. Keadaan ini tidak akan membezakan status atau jantina kerana semua akan beratur supaya dapat mempercepatkan perjalanan.Walaupun situasi ini terpaksa dihadapi setiap hari namun kita seharuslah bersyukur kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak universiti kepada kita untuk memudahkan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri ke kuliah kerana dari penglihatan saya ramai pelajar menggunakan khidmat bas untuk ke kuliah.
Situasi yang berlaku setiap hari ini mencuit hati saya tentang kesopanan dalam berbahasa kerana setiap pelajar akan mengucapkan ucapan terima kasih kepada pemandu bas kerana telah membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. Walaupun keadaan dalam bas yang padat dan tidak selesa namun kita masih mengucapkan ucapan terima kasih kepada pemandu untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka yang telah membantu dan membawa kita walaupun mereka sudah penat atau letih seharian memandu bas.


TERIMA KASIH…….

Gabungan dua perkataan iaitu terima dan kasih yang telah membentuk satu perkataan yang sangat bermakna kerana apabila kita menyelusuri maksud ia mengandungi maksud yang sangat mendalam. Dalam kehidupan seharian kita lebih banyak diberi menerima segala sesuatu, padahal didunia ini ada hukum timbal balik, maka sudah pasti dan gantian  dengan memberi atau membalasnya. Dan hal ini sudah ada dalam bahasa kita, “Terima Kasih”. Walaupun sederhana saja, kita mengucapkan kata “terima kasih” itu saja sudah termasuk memberi penghargaan kepada orang yang telah memberi kepada kita. 
Selama kita hidup kita akan selalu berinteraksi dengan semua benda disekeliling kita. Kita tak hanya berinteraksi dengan orang-orang yang kita kenal saja, tapi juga orang lain yang kita temui. Bahkan dengan benda-benda  makhluk lain di dunia ini terutama terima kasih dan bersyukur kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T .Oleh itu, ucapan terima kasih ini hendaklah sentiasa meniti di bibir kita agar kehidupan kita lebih manis dan ceria kerana dengan perkataan itu akan menyebabkan kita lebih bersikap sopan dan memberikan penghargaan kepada orang lain. Selain itu, kita dapat memenuhkan tabung emosi kita dengan emosi yang gembira dan dapat menghilangkan stress….


Amalkan ucapan TERIMA KASIH setiap hari…..

No comments:

Post a Comment