Bahasa kasar adalah
bahasa ikutan daripada pengaruh luar yang diikuti oleh masyarakat hari ini. Bahasa
kasar ditafsirkan sebagai bahasa yang mengandungi pelbagai perkataan dan
mempunyai impak negatif dalam perbualan harian dalam anggota masyarakat. Dalam
bahasa melayu terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam situasi
pertentangan atau dalam keadaan penuturnya berperasaan marah atau dalam keadaan
yang tidak selesa. Contohnya maki hamun dan tengking herdik adalah bahasa kasar
yang sering digunakan oleh orang melayu bagi melepaskan perasaan geram atau
marah kepada sesorang akibat sesuatu peristiwa yang dialaminya.
Gaya
penuturnya yang kasar ini umpamanya seseorang memperkatakan sesuatu dalam keadaan
tegang dan meninggikan suara. Contohnya, seorang anak bersuara dengan nada yang
tinggi terhadap orang yang lebih dewasa dianggap sesuatu tingkah laku penutur
bahasa yang kasar. Di samping itu bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila
berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf serta dalam keadaan yang
tidak formal. Biasanya ia berlaku dalam suasan yang bersifat peribadi atau
ketidakhadiran orang ketiga.
Contoh
bahasa kasar :
“Dari
kampung abang pungut engkau, abang jadikan engkau isteri abang sehingga menjadi
‘mem’ besar dalam rumah ini, akhirnya ini engkau balas kepada abang dan mak
bapak abang, memang engkau ini jenis betina yang tidak sedar diri dan tak tahu
malu. Sekarang engkau pergi mintak maaf dengan mak dan bapak! Kalau tidak
engkau boleh berambus dari rumah ini”
Komen: Penggunaan bahasa kasar dalam perbualan menyebabkan berlaku
ketidakselesaan kepada pendengarnya kerana bahasa yang tidak sopan dan boleh
menyingung perasaan. Selain itu, penggunaan bahasa kasar juga menyebabkan
seseorang memandang rendah kepada status penuturnya. Oleh itu, dalam berbahasa
kita menjaga tutur kata dalam perbualan agar dapat diterima oleh khalayak.
ada pendapat tokoh ka ? sy harap ada sbb mklumat ni ble bantu sy dlm menyiapkn assigment sy ..
ReplyDelete