Monday 28 May 2012

SITUASI 41: DAFTAR KATA / ISTILAH


Berikut adalah beberapa istilah yang diperoleh daripada Sosiolingustik :
Daftar kata/ Istilah
Maksud
Sosiolingustik
Kajian tentang bahasa dalam konteks sosialnya dan kajian kehidupan sosial melalui lingustik.
Bahasa Vernakular
Bahasa yang dituturkan oleh golongan atau kaum tertentu untuk menonjolkan jati diri bangsa dan negara dengan menentukan kawasan sempadan negeri, contohnya bahasa India dan Cina.
Bahasa Inklusif
Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada.
Bahasa Rasmi
Bahasa yang digunakan untuk urusan perniagaan dan rasmi dalam sesebuah negara.
Lingua Franca
Bahasa yang terdapat dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur-penutur bahasa daripada pelbagai komuniti.
Bahasa Pijin
Bahasa yang bercampuran antara dua atau lebih bahasa.
Bahasa Kreol
Bahasa yang bercampur antara bahasa penjajah dan bahasa peribumi yang mengalami beberapa proses perubahan.
Bahasa Koine
Bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam satu wilayah atau daerah.
Bahasa Ekslusif
Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok sepekerjaan, puak dan subetnik.
Bahasa Arkaik
Bahasa kuno yang telah mati dan sudah tidak berkembang lagi.
Bahasa Slanga
Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal atau sifatnya yang berubah.
Bahasa Argot
Jargon yang khusus bersifat setempat atau kumpulan sosial atau kumpulan seperkerjaan terutama sekali dalam kalangan masyarakat kelas bawah.
Bahasa khusus
Bahasa khas yang digunakan dalam bidang prosfesional tertentu seperti jurutera.
Bahasa Buatan
Bahasa yang sengaja dicipta, dirancang dan dibentuk untuk menjadi satu bahasa jenis baru.
Bahasa rasmi berkongsi
Bahasa rasmi yang jumlahnya lebih dari satu dalam sesebuah negara.
Bahasa Persatuan
Bahasa yang digunakan sebagai bahasa untuk menyatukan sesebuah bangsa dan negara.
Bilingualisme
Seseorang yang mengetahui dan menguasai dua bahasa tertentu dan mengamal serta menggunakan dua bahasa dalam kehidupan sehari-hari.
Dwiglosia/diglosia
Penggunaan dua bahasa yang berlainan dan dua kelainan bahasa yang satu tinggi, rasmi dan formal sedangkan yang satu lagi rendah, tidak rasmi dan  basahan.
Poliglosia
Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek dan laras bahasa yang kedudukannya yang pelbagai tinggi, formal, rasmi, rendah, tidak formal, tidak rasmi dan basahan.
Multilingualisme
Kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh pelbagai etnik yang mempunyai bahasa sendiri.

Friday 4 May 2012

SITUASI 40: KEHEBATAN BAHASA MELAYU


Pada entri yang terakhir ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan kehebatan bahasa Melayu.  
Cuba kita memberikan fokus yang mendalam terhadap Bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukanlah calang-calang bahasa. Jika tidak, mana mungkin bahasa Melayu mampu bertahan lama sejak dahulu dan masakan mampu diguna pakai oleh kerajaan Sriwijaya sebagai bahasa utamanya? Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bertolak ansur berbanding bahasa yang lain sehingga boleh diterima pakai bahasa lain seperti sudu dan garfu terpengaruh dari bahasa Cina.

Bahasa Melayu memiliki ratusan ribu perkataan untuk diterjemahkan melalui pelbagai bidang sama ada sains, teknologi, politik dan pelbagai bidang. Kita seharusnya mencontohi negara Jepun yang menunjukkan bahasa mereka masih utuh walaupun terdapat penggunaan bahasa Inggeris. Kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dicapai serta perterjemahan buku bahasa asing ke dalam bahasa Jepun menunjukkan kebahasaan tidak pernah pudar.
Ulasan :
Oleh itu, tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkanlah tentang kedaulatan bahasa sendiri daripada mengagung-agungkan bahasa orang lain. Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang mudah lekang dek panas  jika ada orang yang sudi menjaga dan menggunakannya. Mengutamakan bahasa Melayu bukan bermakna bahasa lain tidak boleh dipelajari untuk keperluan hidup, tetapi lebih bersikap rasional dalam menanganinya asalkan tidak meminggirkan bahasa sendiri sebagai jati diri bangsa Malaysia.


Thursday 3 May 2012

SITUASI 39: KESANTUNAN BAHASA DALAM SURAT RASMI


Situasi
Semalam saya telah menerima sepujuk surat daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) berkaitan dengan biasiswa yang saya terima pada semester ini.  Semasa membaca surat rasmi tersebut saya tertarik dengan beberapa aspek kesopanan yang digunakan dalam surat rasmi tersebut. Bahasa yang digunakan dalam surat rasmi adalah bahasa yang halus.



Aspek kesopanan dalam surat rasmi:
1)    Nama dan alamat penerima
Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu disesuaikan dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia
2)    Sapaan  dan rujukan kehormat
Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam alamat penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato’
3)    Pembukaan surat
Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang tajuk. Contohnya, Dengan hormatnya, Izinkanlah…
4)    Isi surat
Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus seperti harap atau mengharapkan.
5)    Penutup
Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima.

Ulasan:

Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam surat rasmi amat penting  kerana surat merupakan cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang elok kepada penulis dan penerima.



Wednesday 2 May 2012

SITUASI 38: LARAS BAHASA IKLAN


Situasi 1
Cepat, dapatkan naskhah majalah anda hari ini..

Situasi 2
Mengalami masalah kelemumur?Gunakan pantene..

Kedua –dua situasi ini menunjukkan penggunaan laras perniagaan atau iklan yang digunakan dalam tender, iklan, laporan saham ,penyata tahunan dan sebagainya.
Bahasa iklan adalah bahasa pengaruhan atau bertujuan untuk membentuk tanggapan pengguna supaya mereka mengubah sikap dan melakukan tindakan untuk membeli barangan atau perkhidmatan. Retorik yang digunakan dalam iklan adalah retorik jenis pemujukan.
Iklan banyak menggunakan kata adjektif serta ayat yang pendek dan ringkas. Bahasa yang digunakan bersifat kreatif dan imaginative. Iklan juga sangat mementingkan penyusunan dan pemilihan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa sehingga terdapat penyimpangan tatabahasa, manipulasi bahasa dan kesalahan dalam berbahasa.
Cara Iklan dihasilkan,antaranya:

                                                    
              1)    Slogan- Mutu, Gaya, dan Keunggulan

2)    Kaedah Umpan- Wang Tunai RM500 Menunggu Kunjungan Anda




 3)      Bandingan- FAB Lebih Bersih dan Harum

Oleh itu, dalam iklan penggunaan bahasa yang menarik serta ringkas dapat menarik perhatian orang ramai untuk membelinya.

Tuesday 1 May 2012

SITUASI 37: CIKGU atau GURU


Pada ruangan blog ini saya ingin berkongsi tentang situasi yang dialami oleh saya pada hari ini. Semasa dalam kelas Modal Insan pada petang tadi, saya tertarik dengan kata-kata yang telah digunakan oleh dr .Azhar yang telah menyebut tentang keguruan dan kecikguan.  Berdasarkan kata-kata yang telah diucapkan apakah perbezaan antara guru dan cikgu?


Ramai orang berpendapat bahawa 'cikgu' dan 'guru' seerti dan perkataan itu boleh menggantikan satu sama lain. Selain itu, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa 'cikgu' merupakan panggilan kepada guru, misalnya, panggilan Cikgu Sarimah, Cikgu Aizah,  Cikgu Hasnida dan lain-lain. 'Guru' pula maknanya, orang yang mengajar (teacher).'Guru' juga membawa pengertian umum bagi 'cikgu'. Misalnya,

Cikgu Aida mengajar di sekolah menengah.

Anaknya yang sulung menjadi guru.

Perkataan 'cikgu' berasal daripada dua suku kata iaitu 'cik', singkatan daripada perkataan 'encik'.Kata ganti nama 'encik' juga digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau digunakan sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. Singkatan bagi perkataan ini ialah 'cik'. Berdasarkan Kamus Dewan , Kata ganti nama 'cik' yang diikuti perkataan 'gu', membentuk perkataan 'cikgu', yang digunakan sebagai panggilan kepada guru (dalam bahasa Inggeris, teacher).Perkataan 'guru' pula bererti orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.

          Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkataan 'cikgu' digunakan bagi nama panggilan, misalnya, Cikgu Kamisah, Cikgu Hasnah, Cikgu Farid dan lain-lain (nama-nama khas) dan perkataan 'guru' pula digunakan dalam bentuk nama am bagi perkataan 'cikgu', memanglah betul. Orang-orang dahulu mengatakan bahawa terdapat perbezaan makna dan tugas antara 'cikgu' dengan 'guru' sebab suku kata 'gu' dalam bahasa Sanskrit bererti orang yang mengajar, sementara suku kata 'ru' pula bererti 'contoh yang baik'.

Kedua-dua suku kata itu disatukan menjadi perkataan 'guru' yang bererti 'orang yang mengajar dan menunjukkan contoh yang baik. 'Cikgu' pula bererti orang yang tugasnya hanya mengajar. Orang yang dipanggil 'guru' lebih berat tugas dan tanggungjawabnya daripada 'cikgu' sebab 'guru' bertugas mengajar dan menunjukkan contoh yang baik dari segi peribadi dan tingkah laku. Cikgu hanya mengajar atau menyampaikan ilmu dan tugasnya selesai selepas waktu sekolah.  Berbeza pula dengan 'guru' yang tugasnya mengajar dan menunjukkan contoh yang baik untuk membentuk akhlak dan peribadi anak didiknya.