Kita sering mendengar orang menyebut tentang perbandingan
tersebut:
Putih seperti kapas
Becok seperti murai
Jinak
seperti merpati
perbandingan itu.
Sebagai contoh ialah
ungkapan"Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu ". Ini ialah contoh kiasan yang menyebutkan bandingan secara langsung. Dalam contoh
ini keadaan hati telah dibandingkan dengan kaca yang pecah. Contoh lain bahasa
kiasan yang menyebutkan bandingan ialah : "Matanya merah seperti sebiji saga".Unsur perbandingan dapat dilihat melalui penggunaan
perkataan "seperti" dan "bagai". Kiasan yang tidak menyebutkan bandingan secara langsung: Marahnya bernyala-nyala. Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk
menyatakan keadaan api, tetapi dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala
telah dipindahkan kepada keadaan marah. Dengan kata lain, sifat marah
telah dibandingkan dengan keadaan api yang bernyala-nyala.
Pada
pendapat saya, penggunaan bahasa kiasan dalam perbualan dan pelbagai tujuan adalah
sesuatu yang menarik dan indah kerana diungkapkan bagi menyatakan sesuatu
maksud dengan secara halus dan berselindung.
No comments:
Post a Comment