Tuesday 27 March 2012

SITUASI 17: BAHASA DIRAJA atau ISTANA


Bahasa diraja atau istana adalah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja serta apabila melibat atau menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Selain itu, bahasa diraja juga dianggap sebagai bahasa dalam dan halus kerana penggunaan bahasa yang terhad dan mempunyai maksud yang berlainan dari bahasa biasa. Bahasa diraja atau istana ini digunakan khusus dalam perhubungan kebahasan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka. Di samping itu, bahasa istana juga digunakan secara bersopan santun dan penuh beradab samaada dalam situasi formal ataupun tidak formal.

Terdapat empat aspek dalam penggunaan bahasa istana iaitu dalam penggunaan kata nama diri orang iaitu beta, tuanku,baginda, patik dan hamba. Manakala dalam aspek penggunaan gelaran diraja seperti Tengku, Raja dan Tunku /Ungku. Aspek lain ialah dalam penggunaan bahasa leksis iaitu seperti bersiram, santap, menghadap, titah, berangkat, murka, mangkat dan sebagainya. Selain itu dalam bahasa istana terdapat juga aspek pemulukan dan pendinaan. Pemulukan bermaksud menyanjung atau meletakkan baginda pada taraf yang tinggi contohnya Duli Yang diPertuan manakala pendinaan bermaksud merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja. Contahnya seperti patik pacal yang hina. Oleh itu, bahasa diraja atau istana ini hendaklah dipelihara agar ia tidak pupus telan oleh perubahan dan kemodenan zaman yang semakin moden.







No comments:

Post a Comment