Bahasa
asing merupakan bahasa bahasa yang tidak digunakan oleh orang yang tinggal di
sebuah tempat yang tertentu misalnya bahasa Korea dianggap bahasa yang asing di
Malaysia. Bahasa asing merupakan sebuah bahasa yang tidak digunakan di tanah
air atau negara asal seseorang, misalnya seseorang penutur bahasa Melayu yang
tinggal di Malaysia boleh mengatakan bahawa bahasa Korea adalah bahasa asing
dirinya sendiri kerana bahasa itu mereka tidak digunakan dan dipelajari. Untuk menguasai
bahasa asing seseorang mestilah mempelajarinya supaya dapat menyebutnya dengan
betul dan baik.
Cara
pembelajaran untuk mempelajari bahasa asing setiap individu adalah tertakluk
kepada jenis kecerdasan yang dimilikinya. Individu yang memiliki kecerdasan
lingustik akan secara mudah menguasai bahasa yang dipelajari, sama ada sebagai
bahasa kedua mahupun bahasa ketiga. Namun, tidak bermakna individu yang tidak
mempunyai atau kurang kecergasan linguistik tidak berpeluang meningkatkan
penguasaan bahasa asing. Walaubagaimanapun, individu tersebut perlulah berusaha
dengan lebih keras dan mempelbagaikan kaedah pembelajarannya.
Cara pembelajaran bahasa asing
Terdapat
kaedah termudah untuk mempelajari bahasa asing iaitu dengan menonton program TV
atau filem asing yang disertakan dengan sari kata dalam bahasa ibunda, misalnya
melibat cerita korea yang sangat hangat ditayangankan di televisyen. Selain itu,
pembelajaran dilakukan dengan mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa
asing. Adakalanya kita akan temui perkataan baru atau lenggok bahasa yang
berbeza dan keadaan ini dapat memperkayakan perbendaharaan kata dalam bahasa
asing. Di samping itu, kaedah lain seperti bantuan dari rakan berbangsa asing,
majalah, suratkhbar dan kemudahan elektronik juga membantu dalam pembelajaran
bahasa asing.
Pendapat : Penguasaan bahasa asing amat penting kerana dapat membantu kita dalam semua urusan terutama semasa berada di luar negara.
No comments:
Post a Comment