Thursday, 22 March 2012

SITUASI 14: BAHASA TERBALIK


Bahasa terbalik tergolong dalam salah satu daripada jenis ragam bahasa. Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang Melayu dalam menyatakan maksud tertentu secara tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku. Bahasa terbalik adalah bahasa yang menggunakan perkataan berakas atau terbalik daripada maksud yang dikehendakkan dan orang faham akan maksudnya. Bahasa terbalik juga adalah bahasa yang berlawanan daripada yang dikatakan itu. Bahasa ini mestilah difahami oleh orang yang mendengar bahasa tersebut. Sekiranya orang yang mendengarnya tidak memahami maksud bahasa tersebut, mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya.

Contoh situasi bahasa terbalik:


1)  “Pergi panjat lagi pokok tu”, kata emak semasa memarahi anaknya yang telah  jatuh daripada pokok yang dipanjatnya.

2)  “Makan la banyak lagi”, kata Aisyah kepada kawannya yang telah menyandar kekenyangan  setelah menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan.

3)   “Bawak la motor laju lagi”, kata ayah memarahi anaknya yang telah mengalami kemalangan.

4)  “Sedikitnya barang, beli la lagi”, kata Ahmad kepada kawannya yang sedang membeli belah walaupun troli telah penuh dengan barangan.


 

 Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang melayu dalam perbualan bagi menyampaikan maksud secara menyindir namun masih lagi tersirat tetapi difahami oleh penutur yang lain. Oleh itu, berdasarkan contoh situasi bahasa diatas, menunjukkan kayanya lenggok bahasa orang Melayu yang tidak ada ada bahasa bangsa lain di dunia ini. Penggunaan bahasa yang pelbagai ini mewujudkan keunikan dalam bahasa Melayu.



No comments:

Post a Comment