Pada petang
ini saya telah pergi ke pasar malam di Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR) bersama
kawan-kawan. Saya adalah antara pelanggan setia yang mengunjungi pasar malam
tersebut pada setiap hari jumaat kerana pasar tersebut menyediakan pelbagai
keperluan harian seperti pakaian, makanan, buah-buahan dan banyak lagi. Di sini
kita boleh melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia yang mengunjungi gerai
serta ragam para peniaga yang masing-masing mempromosikan barang yang dijual.
Setiap peniaga mempunyai cara tertentu untuk meraih pelanggan. Pada ruangan
blog kali ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan bahasa pemujukan. Bahasa ini biasanya digunakan oleh
para peniaga semasa kita melintas kawasan gerai mereka untuk menarik pelanggan
supaya membeli barangan mereka. Pelbagai bahasa laras pemujukan yang digunakan,
antaranya ialah:
Kak beli buah kak….buah-buah nie manis macam kak..
(Peniaga kedai buah-buahan)
( Peniaga gerai air)
Cantik kain-kain nie kalau buat baju sesuai dengan kulit adik..beli la
sepasang,murah je…
(Peniaga gerai kain)
Inilah bahasa pemujukan yang kedengaran semasa kami melintasi gerai-gerai mereka. Walau
bagaimanapun, terdapat juga peniaga yang hanya duduk dan memandang sahaja
pelanggan yang melalui gerai mereka tanpa memberi senyuman atau menawarkan
barang jualan mereka. Saya pun tidak pasti mengapa begitu, jika kita tidak
bersuara mahupun memberi senyuman, tentu susah untuk menyaingi peniaga lain
yang sibuk memanggil para pelanggan.
Tambahan pula kebanyakan jualan mereka juga hampir sama. Pada pendapat
saya bahasa pemujukan amat penting terutama kepada peniaga supaya dapat menarik
perhatian pengunjung. Penggunaan bahasa-bahasa yang manis didengar mampu
membuka hati pelanggan untuk singgah ke gerai-gerai yang menjual pelbagai
barangan. Oleh itu, gunakan bahasa pemujukan dan senyumanlah semasa menjual
supaya pembeli membeli barangan jualan kita.
No comments:
Post a Comment