Friday, 9 March 2012

SITUASI 4: BAHASA SLANGA

Hari ini saya telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada adik saya yang sedang belajar di tingkatan 5.


  

              “Kak long ngah wat per tew? Maaf la ekk klu dik ganggu kak lak…pe cter skrg? Busy ker?

Berdasarkan perkataan yang telah ditaip dan dihantar oleh adik saya menyebabkan saya terfikir bahawa penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja atau pelajar semakin meluas. Penggunaan bahasa slanga ini menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan malah dalam penulisan di sekolah. Bahasa yang digunakan menunjukkan penggunaan bahasa yang berbeza kerana terlampau singkatan atau ringkas. Keadaaan ini akan menyebabkan golongan tua susah untuk memahami bahasa tersebut.

Bahasa Slanga

Bahasa slanga merujuk kepada kamus Dewan bermaksud kata-kata yang terdiri daripada ungkapan dan sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku, sering digunakan dalam bahasa tidak rasmi. Selain itu, ia juga boleh diertikan sebagai pertuturan yang menyimpang dari norma sebutan atau tatabahasa. Bahasa slangan boleh jadi perkataan baru yang dicipta atau perkataan lama yang diperbaharui dengan penambahan huruf tertentu bagi memberi satu dimensi baru kepada bahasa itu. Malah, slanga turut merebak dalam bahasa lain dan ini dapat dilihat daripada perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam SMS.  Selain itu, dalam bentuk penulisan seperti bahan bacaan ringan seperti komik serta majalah hiburan juga turut menggunakan bahasa slanga.

                                                 Contoh bahasa slanga dalam komik

 
Beginilah nasib atau keadaan bahasa kita sekarang. Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan ringkas serta meluas ini menyebabkan banyak istilah baru yang muncul bagi memudahkan ekspresi. Contoh istilah-istilah baru dalam bahasa slanga ialah:

                                                        Nape- kenapa
                                                        Amacam – apa macam
                                                        Caye- percaya
                                                        Lak- pula
                                                        Cite- cerita


Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan untuk memeriahkan suasana sahaja namun lama kelamaan istilah ini akan menjadi budaya dan kebiasaan dalam percakapan. Oleh itu, pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan kepada pejuang bahasa melayu dan ibu bapa kerana kebanjiran bahasa slanga akan menjejaskan kedaulatan bahasa serta akan memberi kesan kepada generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment