Situasi bahasa yang ingin dikongsi dalam ruangan blog pada
hari ini adalah berkaitan dengan bahasa pertama. Bahasa pertama adalah bahasa
yang pertama atau mula-mula dipelajari oleh manusia iaitu bahasa ibundanya. Malaysia
bahasa pertama adalah bahasa Melayu yang menjadi bahasa lingua franca, bahasa
rasmi serta bahasa perpaduan. Bahasa pertama adalah asas untuk identiti sosiolingustik
seseorang. Seseorang bayi apabila dilahirkan sahaja ke dunia, turut bersama-samanya
beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Walaupun ia
memulakan hidup tanpa bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya
berlaku sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otaknya.
Mengikut teori biologis, sejak anak
itu lahir, memang sudah ada kebolehan mengggunakan bahasa yang dinamakan
sebagai pemerolehan bahasa. Kanak-kanak yang menguasai bahasa pertamanya bukan
melalui proses pembelajaran tetapi dengan cara ‘memperoleh’ yang berlaku secara
tidak formal. Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami perkembangan bahasa pertama
semasa berumur 1 hingga 5 tahun kerana pada jangka masa ini penguasaan bahasa
berlaku paling kritikal serta sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang
didedahkan kepada mereka. Jika bahasa yang didengarkan itu baik maka bahasa
kanak-kanak itu akan menjadi baik juga dan jika di sebaliknya, kesan kepada
bahasa kanak-kanak itu amat buruk.
Pendapat: Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai
bahasa dengan berkesan, mereka hendaklah didedahkan pengalaman-pengalaman yang
boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Mereka haruslah diberi peluang
untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bermesra dengan orang dewasa dalam bahasa
pertamanya supaya lebih matang dan mencapai taraf penguasaan bahasa pertama
yang baik dan sempurna.
No comments:
Post a Comment