Thursday, 29 March 2012

SITUASI 19: SELIPAR OH SELIPAR...!!!

Saya dan beberapa orang rakan tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Pelbagai kenangan lucu, manis dan pahit yang kami tempuhi bersama,antara kenangan lucu yang tidak dapat dilupakan adalah kesalahfahaman dalam berbahasa kerana kami berbeza negari. Jadi, wujud kesalahfahaman bagi maksud berlainan sesetengah perkataan yang digunakan.


Rakanku, Lia hendak ke kampus untuk berjumpa dengan pensyarahnya. Ketika berada di depan pintu, dia menjerit:

Sue pinjam kasut hang noh…!!!




Saya yang berada di dalam bilik ketika itu menyahut:
Ambil la….kasut duk atas rak tu.


Seketika kemudian, saya dan Jia, iaitu rakan serumahku ingin ke kedai untuk membeli makanan tengah hari.
Saya: Eh..mana lak selipar saya ni. Semalam ada, saya letak atas rak ini lepas balik dari kelas. Jia ada nampak tak selipar saya yang warna pink tu?
Jia: Tadi Lia pakai selipar yang warna pink itu la.


Saya: La…Lia nie, tadi dia kata nak pinjam kasut, tapi kenapa pakai selipar saya lak.
Jia: (Ketawa) Geng-geng depa dari Kedah tu , selipar atau kasut, semua depa panggil kasut la.
Saya :Ooo..macam tu ke? Tak tahu la pulak, sebab kalau di Terengganu panggilan untuk kasut dan selipar berbeza.


Begitulah kisah lucuku tentang selipar dan kasut:

Komen:

 Dalam perbualan seharian kita hendak menggunakan komunikasi berbahasa yang berkesan supaya semua pihak dapat memahaminya. Komunikasi yang berkesan ialah apabila kedua-dua pihak memahami konteks yang dituturkan oleh pihak yang dilawan bercakap. Berdasarkan situasi yang dialami tadi, di sini kita dapat lihat wujudnya masalah’ kesalahfahaman dalam berbahasa’ apabila dua anggota masyarakat yang berlainan negeri berkomunikasi menggunakan dialek negeri sehingga pihak lain membuat tafsiran yang salah terhadap perkataan tersebur mengikut kefahaman sendiri. Sehubungan itu, perkataan ‘kasut’ oleh masyarakat di negei Kedah merangkumi kasut dan selipar dan istilah ‘ selipar tidak wujud oleh mereka. Manakala, masyarakat luar mentafsir perkataan kasit sebagai kasut yang bertutup. Oleh hal yang demikaan, gunalah bahasa yang boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan dan jelas agar tidak wujud masalah salah faham dalam berbahasa.

No comments:

Post a Comment