Contoh
bahasa pasar:
“Saya boleh ajar apa
macam menjaga itu budak. Tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat.
Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Saya boleh tunjuk
apa macam mahu kasi itu mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu
budak makan punya emak punya susu saja, jangan kasi itu susu lain. Itu emak
punya susu dia punya makan banyak bagus sekali, lagi lebih bersih dan senang
boleh dapat, tidak kena belanja.”
(Petikan
daripada Pelita Bahasa Melayu)
Berdasarkan contoh ayat tersebut
dapat kita simpulkan bahawa penggunaan bahasa pasar banyak menggunakan bahasa
yang terbalik atau ayat sonsang serta penggunaan bahasa slanga atau bahasa
rojak namun masih menggunakan bahasa Melayu. Terdapat beberapa punca yang wujudnya
bahasa pasar antaranya adalah disebabkan orang melayu yang memang terkenal
dengan sifat rendah diri ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak
langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.
Selain itu, menurut kebiasaan penggunaan bahasa Melayu yang betul semasa majlis
formal sahaja. Namun dalam penggunaan harian, pengguna lebih gemar menggunakan
bahasa tempatan bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Ini akan menyebabkan
cebisan peluang dalam mempraktis bahasa Melayu yang sebenar makin sukar. Oleh
itu, pelbagai langkah hendaklah dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu agar
tidak tergugat dan semakin terhapus pada masa ini dengan kebanjiran pelbagai
bahasa.
No comments:
Post a Comment