Situasi bahasa yang
dialami oleh saya hari ini adalah dari
segi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar. Kejadian ini berlaku
ketika saya dan kawan-kawan menjamu selera di sebuah kedai petang tadi. Saya
telah terdengar perbualan seorang pelajar semasa menelefon seseorang mungkin
kawannya iaitu “I tengah makan ini, you all tunggu kejap la kat site biasa dalam ten
minute I datang”. Setelah selesai berbual di telefon pelajar itu bergegas
meninggalkan kedai tersebut untuk berjumpa dengan kawannya.
Terdetik
dalam fikiran saya tentang bahasa yang telah digunakan oleh pelajar tadi semasa
bercakap dengan kawannya melalui telefon. Pelajar tadi telah menggunakan bahasa
rojak kerana bahasanya yang bercampur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
walaupun pelajar tersebut adalah pelajar melayu. Mencampuradukkan bahasa adalah
dilarang sama sekali kerana salah dari segi hukum dan penggunaan bahasa.
Tetapi,umumnya masyarakat Melayu pada masa kini lebih selesa dengan hal ini.
Bahasa
Rojak
Bahasa rojak merupakan
bahasa yang mempunyai istilah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat
yang sama. Bahasa rojak dinamai dengan perkataan rojak kerana penggunaan
perkataan yang mencampur-adukkan bahasa boleh disamakan seperti rojak yang
bercampur dengan pelbagai bahan.
Sebenarnya bahasa Melayu itu indah kerana mengandungi kata yang
pelbagai makna. Jika kita tidak memeliharanya, ia akan hilang begitu saja dan
ini akan menjadi isu besar kepada negara. Jangan disebabkan teknologi dan
kemodenan, menyebabkan bahasa Melayu standard tidak penting sehingga
berlaku kemerosotan pada bahasa ibunda
kita sendiri seperti banyak penggunaan bahasa rojak.
Oleh
itu, cubalah gunakan bahasa Melayu baku dan elakkan penggunaan bahasa rojak
kerana bahasa akan mencerminkan identiti bangsa itu sendiri. Bak kata pepatah,
jangan jadi seperti kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.
Keadaan ini bermaksud jangan sampai atau biarkan bahasa Melayu menjadi anak
tiri dibuminya sendiri kerana penggunaannya yang semakin berkurang atau semakin
terhakis.
p/s: Cintailah bahasa Melayu.....
No comments:
Post a Comment