Saturday, 17 March 2012

SITUASI 9 : BAHASA KEDUA


Bahasa kedua adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang diperolehi. Selain itu, bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Arab dan banyak lagi bahasa lain. Bahasa ketiga, keempat atau lain-lain yang dipelajari kemudian juga diketegori sebagai bahasa kedua.



                         
      Berbeza dengan pembelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan bahasa tetapi dikuasai dengan pembelajaran yang berterusan agar bahasa kedua dapat dikuasai dengan baik dan berkesan. Pembelajaran untuk penguasaan bahasa kedua dilakukan dalam keadaan yang lebih formal, memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi sebagai satu tabiat. Sebagai contoh, untuk pembelajaran bahasa Inggeris kita mestilah belajar tatabahasa bahasa Inggeris dengan membuat karangan atau bercakap dalam bahasa Inggeris. Selain itu, mendengar lagu-lagu dan melihat cerita-cerita dalam bahasa Inggeris juga membantu kita menguasai bahasa tersebut dengan lebih baik dan cepat.









 

Oleh itu, penguasaan bahasa kedua sangat penting untuk dikuasai di samping bahasa pertama kerana terdapat pelbagai kelebihan yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut. Sebagai contoh kelebihan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang menguasai bahasa kedua dengan baik kerana dapat memahami bahasa tersebut. Namun, walaupun kita mempelajari bahasa kedua kita janganlah melupakan bahasa ibuanda sendiri.







No comments:

Post a Comment