Monday 26 March 2012

SITUASI 16: PERBEZAAN DIALEK KELANTAN DAN DIALEK TERENGGANU


Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard atau disebut sebagai ‘loghat’. Menurut  Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan pendapat dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Dialek merupakan satu bentuk percakapan tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Setiap tempat yang mempunyai dialek mempunyai cara sebutan dan pengucapan berbeza seperti perbezaan antara dialek Kelantan dan dialek Terengganu.

Pengantian huruf untuk sebutan   
Dialek Kelantan merupakan salah satu dialek Melayu yang paling banyak mempunyai perbezaan sebutan dari dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Perbezaan yang ketara dalam dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’(Sama dengan bunyi ə dalam bəca). Manakala dalam dialek Terengganu gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan tapi berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’.

Ejaan Standard
( MelayuBaku)
Dialek Kelantan
Dialek Terengganu
makan
makə
makang
ikan
ikə
ikang
bukan
bukə
bukang
jalan
jalə
jalang
hujan
hujə
hujang
bulan
bulə
bulang









Pengantian huruf dalam kata tanya

Penyebutan kata tanya dalam dialek Kelantan dan Terengganu berbeza mengikut dialek yang digunakan. Dalam dialek Kelantan, huruf ‘a’ di belakang kata akan digantikan dengan bunyi ‘o’. Manakala dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ diakhir kata tanya diganti dengan bunyi ‘ĕ’ yang jelas sebagaimana dialek Perak.

Ejaan Standard
( Melayu Baku)
Dialek Kelantan
Dialek Terengganu
apa
gapo
apĕĕ
bila
bilo
bilĕĕ
siapa
sapo
sapĕĕ
di mana
mano
manĕĕ



No comments:

Post a Comment