Thursday, 15 March 2012

SITUASI 7: DIALEK OH DIALEK....


Situasi bahasa yang ingin dikongsi pada hari ini adalah berkaitan dengan dialek. Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard atau disebut sebagai "loghat". Menurut  Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan pendapat dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, disini bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.


Saya mempunyai empat orang kawan baik yang kesemuanya dari kos yang sama namun berbeza negeri. Kami berasal dari negeri yang berlainan iaitu saya dari Terengganu, Shazira dari Perak, Bazilah dari Kelantan manakala Puteri dari Selangor. Walapun kami dari negeri yang berlainan yang mempunyai dialek yang berbeza namun dalam perbualan kami menggunakan bahasa Melayu baku supaya dapat difahami oleh semua orang. Namun  jika saya dan Bazilah bercakap dalam dielak atau “loghat” Kelantan Shazira dan Puteri tidak dapat memahami konteks perbualan kami. Saya bercakap dengan dialek Kelantan kerana daerah saya iaitu Setiu lebih kepada negeri Kelantan dan saya lebih suka bercakap dalam bahasa Kelantan. Sebagai contoh:

“Syud mung royak nok tubik beli nasik aye sakni.Mung nok tubik senggoti   ko?tanya Bazilah.
“Nok tubik la jap lagi, pah maye gorib”,jawab Syud. Bakpo nok kirim ko?tanya Syud.
Berdasarkan ayat tersebut dapat dijelaskan bahawa dialek Kelantan mempunyai bahasa yang unik berbanding dengan dialek lain kerana penggunaan bahasa yang sukar difahami oleh orang luar dari Kelantan kerana dialek Kelantan mempunyai banyak perbezaan jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain. Oleh itu kita hendaklah berbangga apabila bertutur dengan dialek masing-masing kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri namun dalam percakapan rasmi kita mestilah bercakap dalam bahasa melayu baku supaya dapat difahami oleh semua.


No comments:

Post a Comment