Friday, 23 March 2012

SITUASI 15: BAHASA IKLAN




Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa iklan?

Bahasa iklan adalah bahasa yang digunakan sebagai medium penyampaian maklumat bagi tujuan mempromosikan barangan dan perkhidmatan dengan penggunaan bahasa yang memujuk, memuji dan merayu. Bahasa iklan biasanya dibuat dalam bentuk fakta supaya dapat difahami oleh orang ramai dengan jelas.  Selain itu, matlamat dalam bahasa iklan juga disampaikan secara ringkas tetapi terperinci. Hal ini bermaksud, bahasa iklan menggunakan ayat yang ringkas, pendek dan menggunakan ayat adjektif. Di samping itu, bahasa dalam iklan juga berbentuk imaginatif dan mestilah bersifat kreatif supaya dapat menarik minat dan mempengaruhi orang ramai untuk membelinya.
     Pengiklanan dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk pemberitahuan dan bentuk promosi produk. Matlamat utama adalah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh pembaca atau pengguna. Contoh pemberitahuan seperti tentang tawaran kerja atau suatu pengumuman. Bagi iklan promasi produk pula bahasa yang digunakan berbentuk pujian dan pujukan malah terdapat juga penggunaan bahasa rayuan secara halus. Hal ini dilakukan dengan memaparkan kebaikan dan kelebihan produk yang berkaitan supaya pengguna dapat mengubah fikiran dan seterusnya  mencuba produk yang diiklankan. Sebagai contoh promasi produk kecantikan kepada golongan wanita. 

Contoh bahasa iklan:

1)  Slogan- Mutu, Gaya dan Keunggulan
2)  Kaedah penyataan- Lot Banglo untuk Dijual
3)  Perkaitan dengan konsep- Datuk Siti Nurhaliza dengan Pantene (Syampu)
4)  Kaedah Umpan- Wang Tunai RM500 Menunggun Anda. 
5)  Mesra- TV9 Dekat Dihati
6)  Gesaan- Cepat, Dapatkan Naskah Anda Hari Ini!
7)  Pertanyaan- Anda Gemuk?


Pendapat : Bahasa yang disampaikan melalui komunikasi pengiklanan tidak terhad kepada tulisan, ungkapan mahupun ayat semata-mata, malah lebih luas dari daripada itu. Penggunaan ilustrasi, multimedia dan warna yang pelbagai merupakan beberapa kaedah lain yang dapat menarik perhatian orang ramai.

No comments:

Post a Comment