Monday 12 March 2012

SITUASI 6: SISTEM PANGGILAN KEPADA IBU BAPA


Setiap panggilan sangat penting dalam masyarakat melayu kerana dapat meningkatkan dan membezakan taraf seseorang terutama ibu bapa. Sistem panggilan yang digunakan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di samping dapat memberi penghormatan kepada orang tua. Namun, zaman sekarang sudah tidak seperti zaman dahulu, panggilan untuk ibu bapa pada masa dahulu kebanyakannya memanggil emak dan ayah atau emak dan abah tetapi sekarang panggilan tersebut telah bervariasi dan pelbagai sebutan. Situasi ini umpama ingin mencipta satu kelainan daripada keluarga yang lain.

Sebagai contoh, sepupu saya telah mengajar anaknya yang masih kecil dengan panggilan “papa” dan “mama”. Anaknya yang masih kecil akan terikut-ikut dengan panggilan tersebut kerana telah diasuh sejak kecil dengan panggilan tersebut. Namun, pada pandangan saya ia tidak sesuai dengan budaya kita kerana penggunaan panggilan seperti itu seperti terikut-ikut sistem panggilan barat dan bersifat lebih moden serta menyebabkan generasi muda tidak menggunakan panggilan yang asal seperti “emak” atau “mok” dan "ayah" atau "ayoh" dalam bahasa Kelantan dan Terengganu.

Ini antara panggilan-panggilan yang biasa digunakan sekarang untuk panggilan kepada ibu bapa:

Mama dan Papa
Ibu dan Ayah
Mama dan Baba
Mummy dan Daddy
Emak dan Ayah/ Abah
Ummi dan Abi
Bonda dan Ayahanda

Kebiasaanya, panggilan untuk ibu bapa ini dipengaruhi oleh faktor seperti taraf ekonomi, taraf pendidikan, kawasan kediaman sama ada desa atau bandar, keturunan, bangsa dan sebagainya.

 

Oleh itu, gunalah panggilan yang sesuai untuk ibu bapa mengikut agama, bangsa dan adat kita sebagai rakyat yang beragama Islam kerana kadang kala sesuatu panggilan dapat mempengaruhi keeratan perhubungan kita dalam keluarga.



Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik untuk ibu bapa ialah bagi bapa dipanggil Abi manakala untuk emak ialah Ummi kerana panggilan inilah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW. Panggilan seperti Mummy tidak sesuai digunakan kerana mempunyai maksud yang tidak baik iaitu membawa pengertian hantu kubur. 

5 comments:

  1. Bukan mummy cik/puan.
    but MOMMY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Yes its mummy and mami. Kami sendiri gunakan mami sejak kecil. Memang ibu kami yang mahukannya sejak dulu lagi. Yang penting kita hormat dan sayang ibu .

      Delete
  2. ada tertulis dalam hadis/dalil/al quran x tentang statement ''mummy'' ni
    kita hidup berasaskan alquran/hadis.
    kalau setakat kata2 seorang ustaz....renung2kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seandainya jika anak2 kamu menggelarkan kamu dengan kata ganti nama diri (disekolah rendah ada diajarkan) atau melibatkan kohensi umum seperti mama,mummy.ibu,bonda dan sbgnya jika itu mengundang kelembutan dan kecintaan maka ia perkara yang dituntut selagi mana tidak melanggar syara` dan seandainya jika suami pula dikaitkan dengan zihar atas panggilan seumpama , maka kebenarannya seperti yang terdapat didalam kitab “al Mughni (8/6)—mengatakan,”Apabila seseorang mengatakan : Kamu bagai ummi atau seperti ummi dan jika ia meniatkan zihar maka terjadi zihar maka ia adalah zihar, menurut pendapat kebanyakan ulama. Sedangkan jika dia meniatkan sebuah kemuliaan dan penghargaan maka ia bukanlah zihar walaupun seseorang mengatakan : kamu ummi atau istriku ummi

      Delete