Friday 30 March 2012

SITUASI 20: BAHASA SINDIRAN


Bahasa sindiran adalah bahasa yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Bahasa sindiran hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan dengan perkara lain kerana ia tidak dinyatakan atau disebut secara terus-terang serta ditujukan tepat terhadap seseorang. Oleh itu, bahasa sindiran sesuai dengan tujuannya untuk menyindir seseorang dengan tidak menyebut secara tepat kerana penggunaanya hanya dikiaskan kepada perkara lain. Percakapan yang bernada menyindir adalah percakapan yang mengacu pada maksud percakapan untuk mencela atau mengejek pihak lain secara tidak lansung atau tidak terus terang.

Contoh bahasa sindiran:

(a) Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!(ditujukan    kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja).

(b)   Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah (ditujukan kepada orang ditimpa malang sebab masalah yang dia sendiri lakukan).

(c)  Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, ditengah sawah. (perkataan ‘drama’ mempunyai maksud menyindir).


Oleh itu, jelaslah penggunaan  bahasa sindiran adalah bertujuan untuk menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang- terangan sebaliknya diujarkan dengan mengarahkan kepada sesuatu yang lain.

Thursday 29 March 2012

SITUASI 19: SELIPAR OH SELIPAR...!!!

Saya dan beberapa orang rakan tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Pelbagai kenangan lucu, manis dan pahit yang kami tempuhi bersama,antara kenangan lucu yang tidak dapat dilupakan adalah kesalahfahaman dalam berbahasa kerana kami berbeza negari. Jadi, wujud kesalahfahaman bagi maksud berlainan sesetengah perkataan yang digunakan.


Rakanku, Lia hendak ke kampus untuk berjumpa dengan pensyarahnya. Ketika berada di depan pintu, dia menjerit:

Sue pinjam kasut hang noh…!!!




Saya yang berada di dalam bilik ketika itu menyahut:
Ambil la….kasut duk atas rak tu.


Seketika kemudian, saya dan Jia, iaitu rakan serumahku ingin ke kedai untuk membeli makanan tengah hari.
Saya: Eh..mana lak selipar saya ni. Semalam ada, saya letak atas rak ini lepas balik dari kelas. Jia ada nampak tak selipar saya yang warna pink tu?
Jia: Tadi Lia pakai selipar yang warna pink itu la.


Saya: La…Lia nie, tadi dia kata nak pinjam kasut, tapi kenapa pakai selipar saya lak.
Jia: (Ketawa) Geng-geng depa dari Kedah tu , selipar atau kasut, semua depa panggil kasut la.
Saya :Ooo..macam tu ke? Tak tahu la pulak, sebab kalau di Terengganu panggilan untuk kasut dan selipar berbeza.


Begitulah kisah lucuku tentang selipar dan kasut:

Komen:

 Dalam perbualan seharian kita hendak menggunakan komunikasi berbahasa yang berkesan supaya semua pihak dapat memahaminya. Komunikasi yang berkesan ialah apabila kedua-dua pihak memahami konteks yang dituturkan oleh pihak yang dilawan bercakap. Berdasarkan situasi yang dialami tadi, di sini kita dapat lihat wujudnya masalah’ kesalahfahaman dalam berbahasa’ apabila dua anggota masyarakat yang berlainan negeri berkomunikasi menggunakan dialek negeri sehingga pihak lain membuat tafsiran yang salah terhadap perkataan tersebur mengikut kefahaman sendiri. Sehubungan itu, perkataan ‘kasut’ oleh masyarakat di negei Kedah merangkumi kasut dan selipar dan istilah ‘ selipar tidak wujud oleh mereka. Manakala, masyarakat luar mentafsir perkataan kasit sebagai kasut yang bertutup. Oleh hal yang demikaan, gunalah bahasa yang boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan dan jelas agar tidak wujud masalah salah faham dalam berbahasa.

Wednesday 28 March 2012

SITUASI 18: BAHASA ASING


Bahasa asing merupakan bahasa bahasa yang tidak digunakan oleh orang yang tinggal di sebuah tempat yang tertentu misalnya  bahasa Korea dianggap bahasa yang asing di Malaysia. Bahasa asing merupakan sebuah bahasa yang tidak digunakan di tanah air atau negara asal seseorang, misalnya seseorang penutur bahasa Melayu yang tinggal di Malaysia boleh mengatakan bahawa bahasa Korea adalah bahasa asing dirinya sendiri kerana bahasa itu mereka tidak digunakan dan dipelajari. Untuk menguasai bahasa asing seseorang mestilah mempelajarinya supaya dapat menyebutnya dengan betul dan baik.
Cara pembelajaran untuk mempelajari bahasa asing setiap individu adalah tertakluk kepada jenis kecerdasan yang dimilikinya. Individu yang memiliki kecerdasan lingustik akan secara mudah menguasai bahasa yang dipelajari, sama ada sebagai bahasa kedua mahupun bahasa ketiga. Namun, tidak bermakna individu yang tidak mempunyai atau kurang kecergasan linguistik tidak berpeluang meningkatkan penguasaan bahasa asing. Walaubagaimanapun, individu tersebut perlulah berusaha dengan lebih keras dan mempelbagaikan kaedah pembelajarannya.

Cara pembelajaran bahasa asing
Terdapat kaedah termudah untuk mempelajari bahasa asing iaitu dengan menonton program TV atau filem asing yang disertakan dengan sari kata dalam bahasa ibunda, misalnya melibat cerita korea yang sangat hangat ditayangankan di televisyen. Selain itu, pembelajaran dilakukan dengan mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa asing. Adakalanya kita akan temui perkataan baru atau lenggok bahasa yang berbeza dan keadaan ini dapat memperkayakan perbendaharaan kata dalam bahasa asing. Di samping itu, kaedah lain seperti bantuan dari rakan berbangsa asing, majalah, suratkhbar dan kemudahan elektronik juga membantu dalam pembelajaran bahasa asing.


Pendapat : Penguasaan bahasa asing amat penting kerana dapat membantu kita dalam semua urusan terutama semasa berada di luar negara.


Tuesday 27 March 2012

SITUASI 17: BAHASA DIRAJA atau ISTANA


Bahasa diraja atau istana adalah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja serta apabila melibat atau menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Selain itu, bahasa diraja juga dianggap sebagai bahasa dalam dan halus kerana penggunaan bahasa yang terhad dan mempunyai maksud yang berlainan dari bahasa biasa. Bahasa diraja atau istana ini digunakan khusus dalam perhubungan kebahasan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka. Di samping itu, bahasa istana juga digunakan secara bersopan santun dan penuh beradab samaada dalam situasi formal ataupun tidak formal.

Terdapat empat aspek dalam penggunaan bahasa istana iaitu dalam penggunaan kata nama diri orang iaitu beta, tuanku,baginda, patik dan hamba. Manakala dalam aspek penggunaan gelaran diraja seperti Tengku, Raja dan Tunku /Ungku. Aspek lain ialah dalam penggunaan bahasa leksis iaitu seperti bersiram, santap, menghadap, titah, berangkat, murka, mangkat dan sebagainya. Selain itu dalam bahasa istana terdapat juga aspek pemulukan dan pendinaan. Pemulukan bermaksud menyanjung atau meletakkan baginda pada taraf yang tinggi contohnya Duli Yang diPertuan manakala pendinaan bermaksud merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja. Contahnya seperti patik pacal yang hina. Oleh itu, bahasa diraja atau istana ini hendaklah dipelihara agar ia tidak pupus telan oleh perubahan dan kemodenan zaman yang semakin moden.







Monday 26 March 2012

SITUASI 16: PERBEZAAN DIALEK KELANTAN DAN DIALEK TERENGGANU


Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard atau disebut sebagai ‘loghat’. Menurut  Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan pendapat dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Dialek merupakan satu bentuk percakapan tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Setiap tempat yang mempunyai dialek mempunyai cara sebutan dan pengucapan berbeza seperti perbezaan antara dialek Kelantan dan dialek Terengganu.

Pengantian huruf untuk sebutan   
Dialek Kelantan merupakan salah satu dialek Melayu yang paling banyak mempunyai perbezaan sebutan dari dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Perbezaan yang ketara dalam dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’(Sama dengan bunyi É™ dalam bÉ™ca). Manakala dalam dialek Terengganu gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan tapi berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’.

Ejaan Standard
( MelayuBaku)
Dialek Kelantan
Dialek Terengganu
makan
makÉ™
makang
ikan
ikÉ™
ikang
bukan
bukÉ™
bukang
jalan
jalÉ™
jalang
hujan
hujÉ™
hujang
bulan
bulÉ™
bulang









Pengantian huruf dalam kata tanya

Penyebutan kata tanya dalam dialek Kelantan dan Terengganu berbeza mengikut dialek yang digunakan. Dalam dialek Kelantan, huruf ‘a’ di belakang kata akan digantikan dengan bunyi ‘o’. Manakala dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ diakhir kata tanya diganti dengan bunyi ‘Ä•’ yang jelas sebagaimana dialek Perak.

Ejaan Standard
( Melayu Baku)
Dialek Kelantan
Dialek Terengganu
apa
gapo
apĕĕ
bila
bilo
bilĕĕ
siapa
sapo
sapĕĕ
di mana
mano
manĕĕ



Friday 23 March 2012

SITUASI 15: BAHASA IKLAN




Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa iklan?

Bahasa iklan adalah bahasa yang digunakan sebagai medium penyampaian maklumat bagi tujuan mempromosikan barangan dan perkhidmatan dengan penggunaan bahasa yang memujuk, memuji dan merayu. Bahasa iklan biasanya dibuat dalam bentuk fakta supaya dapat difahami oleh orang ramai dengan jelas.  Selain itu, matlamat dalam bahasa iklan juga disampaikan secara ringkas tetapi terperinci. Hal ini bermaksud, bahasa iklan menggunakan ayat yang ringkas, pendek dan menggunakan ayat adjektif. Di samping itu, bahasa dalam iklan juga berbentuk imaginatif dan mestilah bersifat kreatif supaya dapat menarik minat dan mempengaruhi orang ramai untuk membelinya.
     Pengiklanan dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk pemberitahuan dan bentuk promosi produk. Matlamat utama adalah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh pembaca atau pengguna. Contoh pemberitahuan seperti tentang tawaran kerja atau suatu pengumuman. Bagi iklan promasi produk pula bahasa yang digunakan berbentuk pujian dan pujukan malah terdapat juga penggunaan bahasa rayuan secara halus. Hal ini dilakukan dengan memaparkan kebaikan dan kelebihan produk yang berkaitan supaya pengguna dapat mengubah fikiran dan seterusnya  mencuba produk yang diiklankan. Sebagai contoh promasi produk kecantikan kepada golongan wanita. 

Contoh bahasa iklan:

1)  Slogan- Mutu, Gaya dan Keunggulan
2)  Kaedah penyataan- Lot Banglo untuk Dijual
3)  Perkaitan dengan konsep- Datuk Siti Nurhaliza dengan Pantene (Syampu)
4)  Kaedah Umpan- Wang Tunai RM500 Menunggun Anda. 
5)  Mesra- TV9 Dekat Dihati
6)  Gesaan- Cepat, Dapatkan Naskah Anda Hari Ini!
7)  Pertanyaan- Anda Gemuk?


Pendapat : Bahasa yang disampaikan melalui komunikasi pengiklanan tidak terhad kepada tulisan, ungkapan mahupun ayat semata-mata, malah lebih luas dari daripada itu. Penggunaan ilustrasi, multimedia dan warna yang pelbagai merupakan beberapa kaedah lain yang dapat menarik perhatian orang ramai.