Bahasa sindiran adalah
bahasa yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak
disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Bahasa sindiran hanya disampaikan
secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan dengan perkara lain kerana
ia tidak dinyatakan atau disebut secara terus-terang serta ditujukan tepat
terhadap seseorang. Oleh itu, bahasa sindiran sesuai dengan tujuannya untuk
menyindir seseorang dengan tidak menyebut secara tepat kerana penggunaanya
hanya dikiaskan kepada perkara lain. Percakapan yang bernada menyindir adalah
percakapan yang mengacu pada maksud percakapan untuk mencela atau mengejek
pihak lain secara tidak lansung atau tidak terus terang.
Contoh bahasa sindiran:
(a) Nampaknya mendung
sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!(ditujukan kepada seseorang yang
berwajah muram atau masam sahaja).
(b)
Kalau tidak ada
sebabnya, masakan tempua bersarang rendah (ditujukan kepada orang ditimpa
malang sebab masalah yang dia sendiri lakukan).
(c) Berdrama sana,
berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta,
ditengah sawah. (perkataan ‘drama’ mempunyai maksud menyindir).
Oleh
itu, jelaslah penggunaan bahasa sindiran
adalah bertujuan untuk menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau
dinyatakan secara terang- terangan sebaliknya diujarkan dengan mengarahkan
kepada sesuatu yang lain.