Saturday, 28 April 2012

SITUASI 35: BAHASA TEMPELAK


Bahasa tempelak adalah bahasa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang secara tepat dan langsung. Selain itu, bahasa tempelak adalah bahasa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan orang tertentu. Menurut Za’ba, bahasa tempelak disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah keras kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awalnya.
Situasi 1

Apabila menghadapi kesusahan atau ditimpa sesuatu akibat kesalahan sendiri.
“Dulu telah saya katakan, jangan buat begini. Sekarang kita semua yang susah.

Situasi 2

Apabila seorang anak ingin meminta duit belanja daripada abangnya selepas kehabisan duit akibat boros berbelanja. Ayahnya mungkin akan menempelak dengan menggunakan ayat berikut;

“Itulah waktu duit masuk, kau tak beringat untuk menyimpan. Sekarang apa dah jadi? Duit sudah habis, apa yang kau hendak makan?”

Ulasan:
Oleh itu, bahasa tempelak kadang-kadang digunakan oleh masyarakat untuk menyedarkan atau menempelak seseorang supaya tidak melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa, apabila ditegur dengan cara yang lemah lembut mereka kadang-kadang tidak mengambil peduli. Apabila ditegur dengan cara yang kasar seperti ini barulah mereka sedar dan mengambil peduli mengenainya.

No comments:

Post a Comment