Bahasa tersirat adalah bahasa yang
mempunyai maksud yang berlainan dengan makna yang diujarkan atau disebut serta
mempunyai maksud ayat yang berlapis-lapis. Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002) makna bahasa tersirat bermaksud sebagai bahasa yang tersembunyi atau
terkandung dalam sesuatu serta bersifat mendalam. Dalam hal ini, pengguna
bahasa akan mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu makna yang hendak
disampaikan dalam perkataan yang menggunakan bahasa tersirat.
Contoh situasi 1:
Aina: Syikin,
nanti awak tolong ciapkan semua kerja saya. Saya ada hal la lepas ini.
Syikin:
Banyak cantik muka kamu. Abis tu kerja saya yang berlambak tu siapa yang nak
siapkan?
Berdasarkan situasi diatas, ayat banyak cantik muka kamu menunjukkan penggunaan bahasa
tersirat dalam perbualan. Kata cantik dalam ayat tersebut sebenarnya tidak
mendokong makna indah atau lawa. Tetapi, kata cantik tersebut mempunyai makna
yang sebaliknya. Maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur itu ialah
kerja orang yang dilawan bercakap itu bukanlah cantik tetapi tidak tersusun
atau hodoh.
Contoh
situasi 2:
Peribahasa Angin Mati
Dalam ayat ini, perkataan mati
yang digunakan tidak membawa makna meninggal dunia tetapi membawa maksud makna
tidak bertiup lagi.
Oleh itu, penggunaan bahasa tersirat
dalam perbualan haruslah difahami secara mendalam kerana makna yang berlainan
daripada maksud asal yang telah diucapkan. Penggunaan bahasa tersirat juga
turut menunjukkan kesopanan dalam berbahasa kerana penggunaan ayat yang tidak
menyinggung perasaan dan menggunakan bahasa yang sopan serta diterima oleh
khalayak.
No comments:
Post a Comment