Monday, 23 April 2012

SITUASI 31: RUMUS ALTERNASI


Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk lisan terutama sapaan. Kesantunan berbahasa bukan sahaja perlu dipraktikkan tatkala berkomunikasi dengan golongan yang dihormati tetapi tatkala berkomunikasi dengan orang yang sama taraf dengan kita dan orang yang rendah kedudukan daripada kita. Kesantunan bahasa dapat dilihat dalam majlis rasmi atau formal yang menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan. Kesantunan bahasa yang digunakan  akan  membezakan status atau pangkat, dalam suasana status yang menonjol dan jati diri  seseorang berdasarkan beberapa rumus yang telah dikemukakan oleh Errin, Tripp.

Situasi:
Pengacara: Bagi merasmikan Majlis Perasmiaan Bulan Bahasa dipersilakan Yang berbahagia Tan Sri Datuk Rahman bin Hamzah untuk memberikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majils pada hari ini. Majils mempersilakan.

Berdasarkan ucapan daripada pengacara tersebut dapat dinyatakan tentang penggunaan kata sapaan yang sesuai kepada golongan yang mempunyai status agar memberi penghormatan kepada seseorang. Ucapan yang digunakan dapat dikaitkan dengan beberapa rumus yang telah dikemukan oleh Errin, Tripp  iaitu rumus Alternasi.

Rumus alternasi
Rumus yang menggunakan kaedah yang berkaitan dengan cara seseorang tersebut berkomunikasi. Seseorang akan memilih salah satu daripada pasangan seperti antara kanak-kanak atau orang dewasa, diketahui nama atau tidak, bergelar atau tidak, tua atau muda, dalam keadaan berstatus atau tidak dan sebagainya. Kesemua ini meruapakan faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem sapaan bagi seseorang individu tersebut. Contohnya, gelaran Yang Berbahagia bagi individu berpangkat dalam sesebuah majlis formal, tuan/puan dalam sesebuah organisasi yang formal,serta sebagainya.

Oleh itu, berdasarkan rumus Rumus Alternasi menunjukkan penggunaan bentuk sapaan yang betul juga penting dalam kesantunan bahasa. Sehubungan dengan itu, bentuk sapaan mesti berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa agar menghormati status atau pangkat  yang dimiliki.

No comments:

Post a Comment