Bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek yang
bersalingfahaman antara satu sama lain. Dialek-dialek yang tergolong dalam satu
bahasa lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan dan juga terdapat perbezaan .
Perbezaan dialek ini dipengaruhi oleh faktor ruang dan juga geografi.
Bagi mereka yang bukan penutur dialek Terengganu, perkataan yang mungkin paling kerap didengar dan disebut mengenai dialek Terengganu ini ialah 'makang ikang'. Entah sebab apa dua perkataan ini sering timbul dan sentiasa disebut-sebut untuk mengaitkannya dengan dialek Terengganu. Mungkin kerana Negeri Terengganu ini kaya dengan makanan laut itu. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkataan-perkataan loghat Terengganu yang jika disebut mungkin langsung tidak difahami. Satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan loghat Terengganu ialah penambahan huruf 'G' di belakang perkataan. Selain itu, dialek ini sangat kaya dengan penambahan kata penguat di belakang perkataan. Sebagai contoh, 'busuk kohong', 'kohong' itu membawa maksud sangat busuk. Loghat Terengganu juga sering meringkaskan perkataan seperti perkataan 'masjid' menjadi 'sejid'.

No comments:
Post a Comment