Wednesday, 25 April 2012

SITUASI 33: PENGUNAAN LARAS UNDANG-UNDANG


Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa yang digunakan dan bidang yang diperkatakan. Sebagai contoh dalam situasi bahasa Undang-undang. Laras bahasa undang-undang terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundang-undangan. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Laras bahasa undang-undang juga mendungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Selain itu, wacana undang-undang tidak menggunakan gambar atau draf untuk menjelaskan aspek undang-undang tertentu. Ciri yang penting dalam laras bahasa undang-undang termasuklah wacana yang mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian.
Penggunaan wacana yang menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang berkaitan undang-undang seperti petisyen, mandatori, habeas corpus, obiter dictum, plaintif, defendan, prosiding, pendakwaan, pembelaan, denda dan hukuman penjara.

Contoh 1
Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya, diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. tindakan tersebut termasuk menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada defendan…..

Contoh 2
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.

Oleh itu, dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan bidang dan situasi hendaklah dititikberatkan agar maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh khalayak. Pengetahuan tentang laras bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu.

No comments:

Post a Comment