Pada entri yang terakhir
ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang bahasa Melayu iaitu berkaitan dengan
kehebatan bahasa Melayu.
Cuba
kita memberikan fokus yang mendalam terhadap Bahasa Melayu. Bahasa Melayu
bukanlah calang-calang bahasa. Jika tidak, mana mungkin bahasa Melayu mampu
bertahan lama sejak dahulu dan masakan mampu diguna pakai oleh kerajaan Sriwijaya
sebagai bahasa utamanya? Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bertolak ansur
berbanding bahasa yang lain sehingga boleh diterima pakai bahasa lain seperti
sudu dan garfu terpengaruh dari bahasa Cina.
Bahasa
Melayu memiliki ratusan ribu perkataan untuk diterjemahkan melalui pelbagai
bidang sama ada sains, teknologi, politik dan pelbagai bidang. Kita seharusnya
mencontohi negara Jepun yang menunjukkan bahasa mereka masih utuh walaupun
terdapat penggunaan bahasa Inggeris. Kemajuan ekonomi dan kestabilan politik
yang dicapai serta perterjemahan buku bahasa asing ke dalam bahasa Jepun menunjukkan
kebahasaan tidak pernah pudar.
Ulasan
:
Oleh
itu, tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkanlah tentang kedaulatan bahasa
sendiri daripada mengagung-agungkan bahasa orang lain. Bahasa Melayu bukanlah
bahasa yang mudah lekang dek panas jika
ada orang yang sudi menjaga dan menggunakannya. Mengutamakan bahasa Melayu
bukan bermakna bahasa lain tidak boleh dipelajari untuk keperluan hidup, tetapi
lebih bersikap rasional dalam menanganinya asalkan tidak meminggirkan bahasa
sendiri sebagai jati diri bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment