Berikut
adalah beberapa istilah yang diperoleh daripada Sosiolingustik :
Daftar kata/ Istilah
|
Maksud
|
Sosiolingustik
|
Kajian tentang bahasa dalam konteks sosialnya dan kajian kehidupan
sosial melalui lingustik.
|
Bahasa Vernakular
|
Bahasa yang dituturkan oleh golongan atau kaum tertentu untuk
menonjolkan jati diri bangsa dan negara dengan menentukan kawasan sempadan
negeri, contohnya bahasa India dan Cina.
|
Bahasa Inklusif
|
Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis
bahasa yang sedia ada.
|
Bahasa Rasmi
|
Bahasa yang digunakan untuk urusan perniagaan dan rasmi dalam sesebuah
negara.
|
Lingua Franca
|
Bahasa yang terdapat dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif
yang digunakan oleh penutur-penutur bahasa daripada pelbagai komuniti.
|
Bahasa Pijin
|
Bahasa yang bercampuran antara dua atau lebih bahasa.
|
Bahasa Kreol
|
Bahasa yang bercampur antara bahasa penjajah dan bahasa peribumi yang
mengalami beberapa proses perubahan.
|
Bahasa Koine
|
Bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam satu wilayah atau daerah.
|
Bahasa Ekslusif
|
Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok
sepekerjaan, puak dan subetnik.
|
Bahasa Arkaik
|
Bahasa kuno yang telah mati dan sudah tidak berkembang lagi.
|
Bahasa Slanga
|
Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal
atau sifatnya yang berubah.
|
Bahasa Argot
|
Jargon yang khusus bersifat setempat atau kumpulan sosial atau
kumpulan seperkerjaan terutama sekali dalam kalangan masyarakat kelas bawah.
|
Bahasa khusus
|
Bahasa khas yang digunakan dalam bidang prosfesional tertentu seperti
jurutera.
|
Bahasa Buatan
|
Bahasa yang sengaja dicipta, dirancang dan dibentuk untuk menjadi satu
bahasa jenis baru.
|
Bahasa rasmi berkongsi
|
Bahasa rasmi yang jumlahnya lebih dari satu dalam sesebuah negara.
|
Bahasa Persatuan
|
Bahasa yang digunakan sebagai bahasa untuk menyatukan sesebuah bangsa
dan negara.
|
Bilingualisme
|
Seseorang yang mengetahui dan menguasai dua bahasa tertentu dan
mengamal serta menggunakan dua bahasa dalam kehidupan sehari-hari.
|
Dwiglosia/diglosia
|
Penggunaan dua bahasa yang berlainan dan dua kelainan bahasa yang satu
tinggi, rasmi dan formal sedangkan yang satu lagi rendah, tidak rasmi
dan basahan.
|
Poliglosia
|
Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek dan laras bahasa yang
kedudukannya yang pelbagai tinggi, formal, rasmi, rendah, tidak formal, tidak
rasmi dan basahan.
|
Multilingualisme
|
Kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh pelbagai etnik yang mempunyai
bahasa sendiri.
|