Ungkapan
yang indah sering meniti dibibir masyarakat Melayu kerana ungkapan yang
digunakan mengandungi pelbagai nasihat dan maksud yang mendalam. Ungkapan ialah rangkai
kata atau frasa, klausa, ayat yang tersimpul dan mempunyai pengertian konotasi. Terdapat
pelbagai ruang lingkup ungkapan yang digunakan oleh masyarakat Melayu iaitu:
a) Bidalan
Menurut
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009:79) bidalan
adalah sebahagian daripada peribahasa
yang berfungsi sebagai nasihat, peringatan dan sebagainya kepada masyarakat
disamping mempunyai ilmu, nilai dan pengajaran yang sangat berguna.
Contoh:
Berjalan
peliharalah kaki, berkata peliharalah lidah(Maksud: Seseorang yang perlu
berfikir dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan).
b) Pepatah-petitih
Menurut
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari(2009:133) pepatah adalah
sifat rangkaian kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi
mengandungi unsur pengajaran serta ungkapan-ungkapan yang dibentuk berdasarkan
sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan.
Contoh:
Air
besar, sampan tak hanyut(Maksud: Perkara yang diharapkan tidak menjadi).
c) Kata-kata pujangga
Kata-kata pujangga
adalah kata-kata yang berunsurkan nasihat dan pedoman yang diucapkan oleh
tokoh-tokoh berpengaruh serta disegani kerana sesuai dijadikan motivasi dan
pengisian jiwa.
Contoh:
Apabila
anda benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-
d) Hadis melayu
Contoh:
"Sesungguhnya setiap amalan itu
dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa
yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).
Contoh: Melarang anak-anak kecil yang belum baligh
berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya
kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan.
e) Perbilangan
Contoh:
Penakek
pisau seraut
Ambil
galah batang lintubong
Seludang
ambil ke nyiru
Setitis
jadikan laut
Sekepal
jadikan gunung
Alam
terkembang jadikan guru.
f) Gurindam
Gurindam adalah sejenis
puisi lama yang terdiri daripada dua baris rangkap yang berpasangan iaitu baris
pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan (Ariff Mohamad dan Siti
Khariah Mohd Zubir, 2009: 18).
Contoh
:
Apabila terpelihara mata,
Sedikit
cita-cita.
Apabila
terpelihara kuping,
Khabar yang
jahat tidaklah damping
Apabila
terpelihara lidah,
Nescaya dapat
daripadanya faedah.
g) Seloka
Menurut
Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir(2007:360) seloka adalah sejenis puisi Melayu
tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsur ejekan,giatan,
sindiran, jenaka atau gurau senda dan digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
Contoh:
Buah pinang buah belimbing
Ketiga
dengan si buah mangga,
Sungguh
senang berbini sumbing,
Walau
marah ketawa juga.
h)
Tamsil
Menurut
Kamus dewan edisi keempat tamsil adalah perihal sesuatu benda yang kelihatan
dari luar atau sifat sesuatu pada lahirnya.
Kiasan asal yang diperluaskan dengan
lebih panjang lebar serta mengandungi beberapa isi pengajaran, nasihat, teladan
serta pemikiran yang bernas.
Contoh:
Matahari dengan cahaya dengan panas.
i) Peribahasa
Menurut Nik Hassan Basri Nik
Ab.Kadir(2007:318) peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai
susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
Contoh:
Pandang jauh dilayang, pandang dekat
ditukikkan.
j) Simpulan
bahasa
Menurut Za’ba (1965) simpulan bahasa
adalah rangkaian perkataan yang tetap disimpul atau terbeku dengan susunan yang
khas dan dipakai dengan maksud yang berlainan daripada asa.
Contoh:
- Jinak
merpati
- Kaki
ayam
k) Ibarat
Contoh: Ibarat bunga, segar dipakai, layu dibuang
l) Perumpamaan
Contoh:
-
Bagai bulan
dipagari bintang
-
Bagai menatang
minyak yang penuh