Monday 30 April 2012

SITUASI 36: PERANCANGAN BAHASA


Perancangan bahasa merujuk kepada usaha untuk memupuk, membaiki dan mengembangkan sesuatu bahasa kearah bahasa moden. Beberapa usaha telah dibuat antaranya membuat keputusan dasar tentang bahasa, menyeragamkan variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa. Selain itu, usaha lain ialah mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa. Aktiviti perancangan bahasa Melayu terdiri daripada perancangan taraf bahasa dan perancangan korpus bahasa.

Perancangan Taraf Bahasa
Perancangan taraf bahasa merujuk kepada usaha meluaskan dan meningkatkan  taraf penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Usaha ini melibatkan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara.  Dalam perancangan taraf bahasa terdapat akta yang melibatkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perancangan Korpus Bahasa
Perancangan korpus bahasa juga diistilahkan sebagai perancangan bahan bahasa. Aktiviti perancangan korpus bahasa melibatkan usaha menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan yang menjadi bahan sesuatu bahasa. Secara umumnya, usaha ini melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa yang terdiri daripada pengekodan dan pemupukan. Pengekodan bermaksud penyeragaman bahan-bahan bahasa supaya menghasilkan suatu variasi bahasa baku atau bahasa standard yang sempurna dan seragam. Pemupukan pula merujuk kepada usaha yang dilakukan untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan  saling menterjemah dengan beberapa bahasa moden lain.

Saturday 28 April 2012

SITUASI 35: BAHASA TEMPELAK


Bahasa tempelak adalah bahasa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang secara tepat dan langsung. Selain itu, bahasa tempelak adalah bahasa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan orang tertentu. Menurut Za’ba, bahasa tempelak disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah keras kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awalnya.
Situasi 1

Apabila menghadapi kesusahan atau ditimpa sesuatu akibat kesalahan sendiri.
“Dulu telah saya katakan, jangan buat begini. Sekarang kita semua yang susah.

Situasi 2

Apabila seorang anak ingin meminta duit belanja daripada abangnya selepas kehabisan duit akibat boros berbelanja. Ayahnya mungkin akan menempelak dengan menggunakan ayat berikut;

“Itulah waktu duit masuk, kau tak beringat untuk menyimpan. Sekarang apa dah jadi? Duit sudah habis, apa yang kau hendak makan?”

Ulasan:
Oleh itu, bahasa tempelak kadang-kadang digunakan oleh masyarakat untuk menyedarkan atau menempelak seseorang supaya tidak melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa, apabila ditegur dengan cara yang lemah lembut mereka kadang-kadang tidak mengambil peduli. Apabila ditegur dengan cara yang kasar seperti ini barulah mereka sedar dan mengambil peduli mengenainya.

SITUASI 34: BAHASA KREOL


Bahasa kreol ialah bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam sesuatu komuniti atau daerah. Perbendaharaan kata bahasa kreol banyaknya daripada bahasa utama, manakala tatabahasanya mengikuti bahasa kedua. Sebagai contoh, Kreol Jamaika memiliki banyak perkataan Inggeris yang ditindihkan dengan tatabahasa Afrika Barat.

Bahasa kreol mempunyai taraf bahasa standard dan merupakan bahasa Pijin yang telah menjadi bahasa pertama dan kedua. Bahasa kreol ini kadang-kadang menerima proses berbalik semula kepada bahasa asal, apabila ia meninggalkan unsure-unsur dari salah satu bahasa campuran untuk menjadi bahasa asal yang sempurna dan baku.

Bahasa kreol telah mengalami beberapa perubahan yang dinamakan penyahkreolan yang merangkumi basilek, mesolek dan akrolek. Basilek adalah tahap yang masih bercampur dalam keadaan yang kental pada peringkat awal atau kreol yang asli. Seterusnya mesolek iaitu kelainan yang wujud di tengah proses perubahan dari basilek ke akrolek. Dan yang terakhir akrolek iaitu bahasa yang telah kembali kepada bahasa baku. 

Wednesday 25 April 2012

SITUASI 33: PENGUNAAN LARAS UNDANG-UNDANG


Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa yang digunakan dan bidang yang diperkatakan. Sebagai contoh dalam situasi bahasa Undang-undang. Laras bahasa undang-undang terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundang-undangan. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Laras bahasa undang-undang juga mendungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Selain itu, wacana undang-undang tidak menggunakan gambar atau draf untuk menjelaskan aspek undang-undang tertentu. Ciri yang penting dalam laras bahasa undang-undang termasuklah wacana yang mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian.
Penggunaan wacana yang menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang berkaitan undang-undang seperti petisyen, mandatori, habeas corpus, obiter dictum, plaintif, defendan, prosiding, pendakwaan, pembelaan, denda dan hukuman penjara.

Contoh 1
Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya, diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. tindakan tersebut termasuk menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada defendan…..

Contoh 2
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.

Oleh itu, dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan bidang dan situasi hendaklah dititikberatkan agar maklumat yang hendak disampaikan difahami oleh khalayak. Pengetahuan tentang laras bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu.

Tuesday 24 April 2012

SITUASI 32: BAHASA CINA


Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, proses komunikasi antara dua masyarakat bahasa yang berbeza sering memperlihatkan fenomena peminjaman atau peresapan kosa kata. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina telah menyebabkan kata-kata bahasa Cina meresap ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. 
Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa Cina walaupun sesetengahnya mengalami perubahan makna. Terdapat beberapa sinaran kata pinjaman daripada bahasa Cina.

Contohnya:
Bidang
Kata Pinjaman dari bahasa cina
Budaya dan seni
-         Cap Goh Mei
-         Kung fu
-         Toaha
-         Cingge
Peralatan
-         Camca
-         Cawan
-         Teko
-         Beca
Manusia dan panggilan
-         Amoi
-         Apek
-         Encik
-         Tauke
Makanan dan minuman
-         Beng
-         Kuaci
-         Tauhu
-         Popia
Pakaian dan barangan
-         Koyok
-         Gincu
-         Ceongsam


 
Oleh itu, terdapat banyak lagi perkataan yang diperoleh daripada bahasa Cina. Peminjaman ini menyebabkan berlaku banyak pertambahan kosa kata dalam bahasa Melayu yang perlu diketahui oleh masyarakat. 

Monday 23 April 2012

SITUASI 31: RUMUS ALTERNASI


Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk lisan terutama sapaan. Kesantunan berbahasa bukan sahaja perlu dipraktikkan tatkala berkomunikasi dengan golongan yang dihormati tetapi tatkala berkomunikasi dengan orang yang sama taraf dengan kita dan orang yang rendah kedudukan daripada kita. Kesantunan bahasa dapat dilihat dalam majlis rasmi atau formal yang menunjukkan penggunaan bahasa yang sopan. Kesantunan bahasa yang digunakan  akan  membezakan status atau pangkat, dalam suasana status yang menonjol dan jati diri  seseorang berdasarkan beberapa rumus yang telah dikemukakan oleh Errin, Tripp.

Situasi:
Pengacara: Bagi merasmikan Majlis Perasmiaan Bulan Bahasa dipersilakan Yang berbahagia Tan Sri Datuk Rahman bin Hamzah untuk memberikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majils pada hari ini. Majils mempersilakan.

Berdasarkan ucapan daripada pengacara tersebut dapat dinyatakan tentang penggunaan kata sapaan yang sesuai kepada golongan yang mempunyai status agar memberi penghormatan kepada seseorang. Ucapan yang digunakan dapat dikaitkan dengan beberapa rumus yang telah dikemukan oleh Errin, Tripp  iaitu rumus Alternasi.

Rumus alternasi
Rumus yang menggunakan kaedah yang berkaitan dengan cara seseorang tersebut berkomunikasi. Seseorang akan memilih salah satu daripada pasangan seperti antara kanak-kanak atau orang dewasa, diketahui nama atau tidak, bergelar atau tidak, tua atau muda, dalam keadaan berstatus atau tidak dan sebagainya. Kesemua ini meruapakan faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem sapaan bagi seseorang individu tersebut. Contohnya, gelaran Yang Berbahagia bagi individu berpangkat dalam sesebuah majlis formal, tuan/puan dalam sesebuah organisasi yang formal,serta sebagainya.

Oleh itu, berdasarkan rumus Rumus Alternasi menunjukkan penggunaan bentuk sapaan yang betul juga penting dalam kesantunan bahasa. Sehubungan dengan itu, bentuk sapaan mesti berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa agar menghormati status atau pangkat  yang dimiliki.

Friday 20 April 2012

SITUASI 30: MAKNA DALAM BAHASA TERSIRAT


Bahasa tersirat adalah bahasa yang mempunyai maksud yang berlainan dengan makna yang diujarkan atau disebut serta mempunyai maksud ayat yang berlapis-lapis. Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) makna bahasa tersirat bermaksud sebagai bahasa yang tersembunyi atau terkandung dalam sesuatu serta bersifat mendalam. Dalam hal ini, pengguna bahasa akan mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu makna yang hendak disampaikan dalam perkataan yang menggunakan bahasa tersirat.

Contoh situasi 1:

Aina: Syikin, nanti awak tolong ciapkan semua kerja saya. Saya ada hal la lepas ini.
Syikin: Banyak cantik muka kamu. Abis tu kerja saya yang berlambak tu siapa yang nak siapkan?

Berdasarkan situasi diatas, ayat  banyak cantik muka kamu menunjukkan penggunaan bahasa tersirat dalam perbualan. Kata cantik dalam ayat tersebut sebenarnya tidak mendokong makna indah atau lawa. Tetapi, kata cantik tersebut mempunyai makna yang sebaliknya. Maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur itu ialah kerja orang yang dilawan bercakap itu bukanlah cantik tetapi tidak tersusun atau hodoh.

Contoh situasi 2:
                           Peribahasa Angin Mati

Dalam ayat ini, perkataan mati yang digunakan tidak membawa makna meninggal dunia tetapi membawa maksud makna tidak bertiup lagi.



      Oleh itu, penggunaan bahasa tersirat dalam perbualan haruslah difahami secara mendalam kerana makna yang berlainan daripada maksud asal yang telah diucapkan. Penggunaan bahasa tersirat juga turut menunjukkan kesopanan dalam berbahasa kerana penggunaan ayat yang tidak menyinggung perasaan dan menggunakan bahasa yang sopan serta diterima oleh khalayak.

Thursday 19 April 2012

SIITUASI 29: SISTEM PANGGILAN KADAZAN/ DUSUN


Situasi:

                         Long, tolong ambilkan Achik bakul tu.
Pak Ngah, apa khabar….

Dalam keluarga Melayu kita sering menggunakan kata panggilan dalam keluarga ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga terdekat. Kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan, dan kedudukan keluarga. 

Contoh kata panggilan dalam keluarga Melayu.

Kedudukan dalam Keluarga
Kata Sapaan
Anak sulung atau pertama
Anak kedua
Anak ketiga
Anak keempat
Anak kelima
Anak keenam
Anak bongsu
Long
Ngah
Lang
Cik
Andak
Uda
Busu

Pada petang semalam, semasa dalam kelas Modal Insan, saya telah berbual-bual dengan seorang rakan, iaitu Florina. Nana berasal dari Sabah yang berketurunan Kadazan. Semasa seronok bersembang, saya mendapat panggilan daripada ibu:

Kringg…kringg

Ibu: Assalamulaikum. Duk mana ni?
Saya: Waalaikumussalam. Chik ada dalam kelas ni.

Begitulah sedikit cebisan ingatan perbualan dengan ibu tersayang. Kemudian, Nana bertanya:

Florina: Oo…keluarga panggil Chik ya?
Saya: Ya, Nana dalam keluarga panggil apa?

Soalan saya dijawab dengan panjang lebar oleh rakan saya itu. Menurutnya, kata panggilan keluarga dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut:


Ama, amo               : bapa
ino                         : emak
tanak                     : anak
aka kusai               : abang
aka tongondu        : kakak
sulod                    : saudara
tivanon                 : mentua
adi                       : adik
pinotokin             : menantu lelaki
pinoogom             : menantu perempuan
Kamaman            : bapa saudara, pakcik
Minan                 : emak saudara, makcik
Pinsan                : sepupu
Aki                    : datuk
Odu                   : nenek


Kepelbagaian sistem panggilan Kadazan dan Dusun dapat dilhat melalui konteks bahasa dan ketidaksamaan masyarakatnya.

Sehubungan itu, sistem panggilan dalam keluarga dapat:

                        ü    Mendokumentasikan semua jenis kata panggilan mengikut dialek goegrafi
supaya tidak hilang ditelan zaman.
ü  Membezakan antara individu dalam pelbagai aspek seperti umur, status,
pertalian kekerabatan atau persaudaraan, dan juga hubungan antara satu sama lain
Kesantunan ketika berbahasa dalam kalangan keluarga atau di luar hubungan keluarga.

Wednesday 18 April 2012

SITUASI 28: BAHASA MELAYU DAN BAHASA INDON


Lambakan cerita-cerita yang dari Indonesia semakin banyak sebagai contoh cerita “Puteri yang Ditukar” yang telah menjadi slot TV3 kegemaran semua terutama golongan surirumah termasuklah emak saya. Setiap hari emak akan menonton cerita tersebut bagi mengetahui kesudahan cerita tersebut. Namun, berdasarkan cerita tersebut terdetik dihati saya untuk berkongsi tentang perbezaan makna perkataan dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Makna sesuatu perkataan berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi sesebuah negara. Oleh itu, perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosialinguistik yang berbeza.

Contoh??


Perkataan
Makna di Malaysia
Makna di Indonesia
Bapak
Seseorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Memanggil/menyapa seseorang di dalam situasi rasmi atau formal yang membawa makna ’encik
Seronok
Suka atau gembira tentang sesuatu aktiviti.
Seseorang yang baru sahaja selesai melakukan hubungan seks
Cerewet
Seseorang yang banyak bercakap, suka berleter atau bersungut.
Comel
Butuh
Alat kemaluan lelaki dianggap tabu dalam kalangan masyarakat Melayu
Kata kerja, iaitu perlu atau ingin


Komen:

Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia, malah di Indonesia juga. Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama, yang disebut sebagai Kepulauan Melayu. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah negara tersebut saling memahami. Bagaimanapun, kini terdapat sejumlah perkataan  yang berbeza dari segi makna rujukan, nahuan dan sosiolinguistik. Sehubungan itu, kita dapat lihat bahawa sesuatu perkataan  yang sama mempunyai makna yang berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya. Dengan itu, sesuatu perkataan mempunyai makna emotif mengikut makna bagi kedua-dua negara ini.